About this Module
Course Description
Modul ini bertujuan untuk memperkasakan kesihatan dan minda pelajar dengan memberi maklumat dan informasi terkini mengenai asas keperluan dan cara-cara untuk memastikan kehidupan yang sihat dan sejahtera. Pembelajaran dalam talian ini merangkumi konsep kesihatan dan kesejahteraan yang komprehensif serta menyediakan panduan, petua dan langkah untuk pengurusan holistik masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar. Bahagian asas pendekatan komprehensif termasuk kesihatan dan kesejahteraan biologi (atau fizikal), psikologi, sosial dan spiritual (atau kerohanian). Contoh senario masalah mental yang biasa dihadapi oleh pelajar, panduan skil psikologi, dan langkah-langkah untuk mendapatkan bantuan dan rawatan awal yang patut diambil oleh pelajar akan dibincangkan di dalam modul ini. Pelajar juga boleh mendapatkan pautan kepada pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang tersedia di universiti dengan melayari modul ini.
Course Learning Outcomes
1 ) Pelajar mengetahui mengenai Modul Health & Wellness @ Uni UiTM yang boleh dirujuk untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan kesihatan, psikologi serta sokongan spiritual dan sosial.
2 ) Pelajar boleh menerangkan mengenai elemen penting yang mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan pelajar dan langkah pencegahan masalah kesihatan boleh diambil meliputi aspek biologikal, psikologikal, sosial dan spiritual.
3 ) Pelajar boleh mengenalpasti simptom awal masalah-masalah kesihatan fizikal dan mental yang dihadapi, teknik psikologi dan kaunseling yang boleh membantu serta sokongan dan rawatan yang boleh diambil.
4 ) Pelajar mempunyai maklumat mengenai perkhidmatan kesihatan, psikologikal, bantuan dan sokongan sosial dan spiritual yang ada di universiti untuk membolehkan rawatan dan bantuan awal.
Course Details
STATUS : Open DURATION : FLEXIBLE EFFORT : 4 MODE : 100% Online COURSE LEVEL : Beginner LANGUAGE : Malay