MODUL UTAMA ASPIRASI 3 : CELIK FIKIR

About this Module

Course Description

Modul ini bertujuan memberi pendedahan dan memperkukuhkan pemahaman pelajar, berhubung dengan keperluan berfikir dalam konsep Raja Berpelembagaan. Berfikir secara kritis dan berbijaksana adalah keterampilan yang sangat penting ketika meneliti maklumat. Dalam era informasi moden, kita memiliki akses luas ke berbagai sumber informasi, tetapi tidak semua informasi tersebut dapat dipercayai atau relevan. Modul ini akan mengetengahkan keperluan konsep dalam konteks Raja Berperlembagaan dan bagaimana mentafsir sesuatu maklumat yang disampaikan yang menjadi ancaman kepada mahasiswa secara tidak sedar.

Course Learning Outcomes

1 ) Mengenalpasti bentuk kemahiran berfikir mahasiswa secara matang, rasional dan bertanggungjawab dalam konsep Raja Berperlembagaan
2 ) Memahami cara berfikir secara kreatif dan diluar kotak mengikut keperluan yang sesuai
3 ) Menilai maklumat daripada sumber yang tepat dan sahih

Course Details

STATUS : Open
DURATION : FLEXIBLE
EFFORT : 3
MODE : 100% Online
COURSE LEVEL : Beginner
LANGUAGE : Malay

 Syllabus

Intipati dalam Modul “Celik Fikir”: Artikel 153 Perlembagaan Malaysia berkaitan dengan tangungjawab Yang di-Pertuan Agong dipertangungjawabkan untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, iaitu Bumiputera. Dalam modul ini akan mengetengahkan beberapa intipati yang berkaitan dengan Perkara 153 iaitu melibatkan penyataan penuh Artikel 153, ketuanan Melayu serta kontrak sosial. Mahasiswa akan memahami kandungan yang wujud berkaitan dengan Artikel 153 serta akan laksanakan perbincangan supaya mereka memahami dan menghayati kepentingan Artikel 153 terutamanya kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kewujudan Artikel 153 menaungi pembentukan UiTM sebagai sebuah institusi pendidikan yang memberi pendidikan kepada Orang Melayu dan Bumiputera.

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikasikan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial dengan kaum yang lain, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.

Institusi Raja-Raja Melayu ialah institusi tertua dan sedia wujud dalam sistem sosial di negeri Melayu. Sejak berabad, ia terbabit secara langsung dalam pemerintahan Tanah Melayu dan Malaysia. Istilah ‘kerajaan’ dipercayai berasal daripada ‘Raja’. Ia membuktikan ‘Raja’ dan ‘kerajaan’ mempunyai hubung kait rapat hingga digunakan sebagai gelaran ketua negara ini dan ketua negeri bagi sembilan negeri mengamalkan sistem beraja.

keberkesanan modul kepada para pelajar selepas mengikuti modul.

Dengan menyediakan modul yang komprehensif dan terstruktur dengan baik mengenai jati diri, pelajar dapat mengambil langkah pertama dalam perjalanan pembangunan peribadi mereka yang berkesan.

Our Instructor

SITI SAPURA BINTI JAILANI

Course Instructor

SITI SUHAIDAH BINTI SAHAB

Course Instructor
UiTM Shah Alam

MASLIANA BINTI WAHID @ BUANG

Course Instructor

DR. MOHAMAD HISYAM BIN ISMAIL

Course Instructor
UiTM Kampus Puncak Alam

MUHAMMAD KHALID BIN ABDULLAH

Course Instructor

NORDIANA BINTI IBRAHIM

Course Instructor
UiTM Kampus Jasin

 Frequently Asked Questions

A1 : Ya, mana - mana pelajar yang tidak lengkap perlu mengulang dan tidak boleh mengikuti modul seterusnya.

A2 : Pelajar perlu menonton semua video, membaca nota yang telah disediakan tanpa boleh skip walau 1 saat.