About this Module
Course Description
Modul ini dirangka dengan tujuan utama memberikan panduan, pendedahan, dan pengukuhan pemahaman kepada mahasiswa dalam usaha mencapai kecemerlangan dan pengembangan diri secara menyeluruh dan holistik, termasuk aspek berkaitan kemahiran keusahawanan. Selain menitikberatkan pencapaian kemampuan akademik yang kritikal, modul ini turut menekankan pembangunan kesejahteraan holistik mahasiswa serta pemupukan minda keusahawanan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dunia semasa dan masa depan. Melalui modul ini, mahasiswa didorong untuk mengenali dan menghargai potensi diri bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga dalam pembangunan keterampilan, sahsiah, nilai, dan kemahiran sosial, serta ilmu asas keusahawanan. Pendekatan holistik ini diharapkan dapat membentuk mahasiswa yang seimbang, berdaya saing, berminda keusahawanan serta bersedia untuk menyumbang secara bermakna kepada masyarakat dan negara.
Course Learning Outcomes
1 ) Mengenalpasti cabang pemikiran yang melibatkan kepimpinan mahasiswa ke arah kecemerlangan.
2 ) Memahami jenis kepimpinan dalam memupuk sahsiah diri, tanggungjawab, adab dan akauntabiliti peribadi mahasiswa.
3 ) Mengadaptasi aspek kemandirian mahasiswa yang boleh membina kekuatan diri dan mental dalam alam pekerjaan serta kehidupan selepas bergraduan
Course Details
STATUS : Open DURATION : FLEXIBLE EFFORT : 4 MODE : 100% Online COURSE LEVEL : Beginner LANGUAGE : Malay