• We are available for any custom works this month
  • Main office: Springville center X264, Park Ave S.01
  • Call us (123) 456-7890 - (123) 555-7891

Micro-Credential Course

MICRO-CREDENTIAL IN STARTING A BUSINESS: BASIC ENTREPRENEURSHIP AND MARKETING

27 students enrolled

   Approx. 20 hours to complete
About this Module

What you will learn
Melalui kursus ini, peserta akan dapat mempelajari asas keusahawanan, perniagaan dan pemasaran. Ini adalah seperti dari segi jenis perniagaan, cabaran menjadi usahawan, pendaftaran perniagaan, strategi perniagaan dan pemasaran secara fizikal dan alam maya serta penyediaan rancangan perniagaan. Ia akan membantu memberi pengetahuan dan kemahiran asas kepada bakal usahawanan serta mereka yang telah memulakan perniagaan untuk terus kekal kompetitif membangunkan perniagaan mereka di zaman yang mencabar ini. Antara objektif program ini adalah: o Program ini akan melengkapkan diri usahawan dengan kepakaran dan pengetahuan bagi meningkatkan tahap profesionalisme usahawan dalam bidang pemasaran. o Bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan bagi membangunkan perniagaan mereka. o Program latihan keusahawanan dan kebolehpasaran bagi membentuk dan membimbing para belia dengan kerjasama pakar industri dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan (job creators) yang kompetitif dan bersedia ke pasaran global serta pencari kerja (job seekers) yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri semasa. o Program ini bertujuan untuk menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. Ia mempersiapkan belia yang ingin memulakan perniagaan agar mempunyai daya tahan dari segi mental dan fizikal, selain didedahkan dengan landskap dan cabaran dunia perniagaan yang sebenar o Diakhir program, kursus ini diharap dapat memberi lebih pengetahuan Keusahawanan kepada para peserta dan mempersiapkan mereka untuk memulakan perniagaan, Peserta akan dapat mengaplikasikan pengetahuan didalam bidang perniagaan yang mereka ceburi dan lebih bersedia dengan cabaran dunia perniagaan yang sebenar.

What skills you will gain
Asas Pengurusan Perniagaan, Asas Keusahawanan, Asas Pengurusan Kewangan, Asas Pemasaran, Asas Penyediaan Rancangan Perniagaan

Total contents and assessments

Module Details



CLUSTER : SP
MODE/DURATION : Flexible
LENGTH : 60 days
EFFORT : 3 hours per weeks
LEVEL : Beginner
LANGUAGE : Malay
CERTIFICATE :
PRICE : Free


Associated Course (s) :
No Course

Join this module
Syllabus

Pengenalan kepada Keusahawanan akan memperkenalkan kepada peserta mengenai perkara perkara asas yang peserta perlu tahu mengenai keusahawanan. Ini merangkumi definisi keusahawanan, peranan usahawan dari sudut makro dan mikro, ciri-ciri usahawana dan faktor kejayaan usahawan. Ini akan memberi lebih pendedahan kepada peserta tentang cabaran yang ada dalam keusahawanan dan diharap memotivasikan peserta untuk menjadi usahawan.

Business Model Canvas (BMC) atau dikenali sebagai Kanvas Model Perniagaan adalah satu model atau alat yang digunakan dalam perancangan sesuatu projek, perniagaan, bisnes dan syarikat yang diusahakan. Ia merupakan satu model atau alat yang sangat berguna untuk para usahawan kerana mampu memberikan impak maksima dalam memacu kejayaan perniagaan yang akan usahakan. BMC telah mula diperkenalkan oleh Alexander Osterwalder melalui buku karya penulisannya yang bertajuk “Business Model Ontology”.

Pengurusan operasi perniagaan merupakan satu komponen utama untuk kita menjalankan perniagaan. Dalam topik ini, perserta akan didedahkan dengan apakah perkara utama dalam operasi sesuatu perniagaan. Di samping itu, setiap perserta juga akan mendapat pendedahan bagaima merancang operasi perniagaan mereka. Di akhir topik, pelajar diharap dapat mengaplikasiakan sedikit pengetahuan dalam topik ini untuk memulakan perniagaan mereka.

Dalam dunia perniagaan, perkara asas yang wajib dipelajari oleh setiap usahawan adalah asas pengurusan kewangan. Setiap perniagaan haruslah mempunyai sistem pengurusan kewangan asas bagi memastikan perniagaan yang dijalankan dapat memberi pulangan kepada peniaga. Sekiranya kita tidak dapat menguruskan sistem kewangan perniagaan kita, kemungkinan untuk perniagaan kita rugi adalah sangat tinggi dan lebih teruk lagi perniagaan kita tidak dapat diteruskan lagi. Oleh itu, kami akan memberi sedikit tunjuk ajar asas mengenai pengurusan kewangan bagi mereka yang mahu ataupun telah menjalankan perniagaan.

Pemasaran adalah antara komponen yang paling utama dalam perniagaan. Pemasaran yang betul dan efektif akan memberikan kesan yang positf kepada perniagaan daripada segi jualan dan imej organisasi. Peserta akan didedahkan dengan definisi pemasaran, mengenali sasaran pelanggan dan strategi pemasaran online dan offline. Selain daripada itu, peserta akn mempelajari mengenai bagaimana ingin mengetahui persona pelanggan dan mengenai corong pemasaran. Dengan penerangan ini, diharap peserta dapat memahami konsep asas di dalam pemasaran dan memastikan yang pemasaran produk atau servis mereka sentiasa konsisten untuk memberi kesedaran dan menarik minat pelanggan.

Perancangan perniagaan adalah merupakan satu dokumen bertulis yang memberikan keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci. Dokumen ini merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan pelbagai bentuk kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa akan datang dalam membangunkan perniagaan agar lebih berdaya saing dan berkembang maju. Semoga dengan belajar sediakan Perancangan perniagaan ini, dapat memahami lebih awal terhadap perkara-perkara penting yang perlu difikirkan untuk memulakan perniagaan.



Instructors

RASHID BIN SALLEH
Course Instructor
UiTM Shah Alam

4.3(average sufo) instructor rating
15 course(s)
234 learners
SUHAIZA BINTI HASAN
Course Instructor
UiTM Shah Alam

4.3(average sufo) instructor rating
11 course(s)
234 learners
DR. SURIA BINTI SULAIMAN
Course Instructor
UiTM Shah Alam

4.3(average sufo) instructor rating
10 course(s)
234 learners