About this Module
What you will learn
Modul ini dirangka dengan tujuan utama memberikan panduan, pendedahan, dan pengukuhan pemahaman kepada mahasiswa dalam usaha mencapai kecemerlangan dan pengembangan diri secara menyeluruh dan holistik, termasuk aspek berkaitan kemahiran keusahawanan. Selain menitikberatkan pencapaian kemampuan akademik yang kritikal, modul ini turut menekankan pembangunan kesejahteraan holistik mahasiswa serta pemupukan minda keusahawanan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dunia semasa dan masa depan. Melalui modul ini, mahasiswa didorong untuk mengenali dan menghargai potensi diri bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga dalam pembangunan keterampilan, sahsiah, nilai, dan kemahiran sosial, serta ilmu asas keusahawanan. Pendekatan holistik ini diharapkan dapat membentuk mahasiswa yang seimbang, berdaya saing, berminda keusahawanan serta bersedia untuk menyumbang secara bermakna kepada masyarakat dan negara.
What skills you will gain
Kecemerlangan dan kemandirian mahasiswa, keusahawanan.
Total contents and assessments
5 Videos 1 Assessment (Quiz)
Module Details
CLUSTER : Lifelong Learning ( LL ) MODE/DURATION : Flexible LENGTH : 1 days EFFORT : 4 LEVEL : Beginner LANGUAGE : Malay CERTIFICATE : Yes CPD POINT : 0 PRICE : Free Associated Course (s) : No Course


