MICRO-CREDENTIAL IN OMT!: PEMBELAJARAN INTERAKTIF TAJWID BERASASKAN SIMBOL

About this Module

What you will learn

Al-Quran adalah panduan hidup setiap Muslim, dan penting bagi kita untuk membaca serta menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai amalan harian. Namun, pembacaan Al-Quran mesti dilakukan dengan tajwid yang betul. Oleh itu, modul kursus 'Oh Mudahnya Tajwid: Belajar Tajwid Menerusi Simbol' dibangunkan untuk memberi peluang kepada Muslimin dan Muslimat dari pelbagai peringkat umur mempelajari tajwid secara kendiri dengan mudah dan berkesan, tanpa perlu menghafal 28 hukum tajwid yang kompleks. Sebaliknya, peserta hanya perlu mengenali ciri-ciri simbol dalam Al-Quran. Kursus ini dibangunkan dengan kerjasama Infitah Training and Consultancy, pengasas program 'Oh Mudahnya Tajwid' yang memperkenalkan pembelajaran tajwid berasaskan simbol di media sosial. Kursus ini memperkenalkan simbol-simbol penting yang akan dipelajari sepanjang program. Pengukuhan kefahaman peserta disediakan melalui aktiviti kendiri yang mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Aktiviti pengukuhan ini menggunakan elemen interaktif multimedia seperti teks, grafik, dan audio, untuk membantu peserta mengingati simbol serta berlatih membaca ayat Al-Quran dengan lebih mudah dan berkesan.

What skills you will gain

Dalam kursus ini, peserta dapat : 1. mengenal pasti simbol yang mempunyai cara bacaan tajwid yang tertentu seperti bacaan dengung, bacaan tanpa dengung, dan bacaan sedikit dengung berserta dengan harkat yang betul. 2. Peserta boleh mengenal pasti simbol huruf wasal dan membacakan ayat yang melibatkan Hamzah Wasal dengan betul. 3. Peserta dapat mengenal pasti huruf mad dan membacanya dengan harkat yang betul. 4. Peserta dapat mengintegrasikan semua pengetahuan mereka mengenai simbol-simbol yang terlibat dalam bacaan Al-Quran dengan betul. 5. Peserta menjadi seorang yang berpengetahuan dalam Tajwid Al-Quran dan mampu membimbing rakan yang lain dalam bacaan Al-Quran.

Total contents and assessments

6 original videos, 10 additional videos, 6 quizzes, 6 learning activities, 2 assessment

Module Details

CLUSTER : Lifelong Learning ( LL )
MODE/DURATION : Flexible
LENGTH : 7 days
EFFORT : 2
LEVEL : Beginner
LANGUAGE : Malay
CERTIFICATE : Yes
CPD POINT : 0
PRICE : Free

Associated Course (s) :
No Course

 Syllabus

Topik pertama akan memperkenalkan huruf Hijaiyah dan cara menyebutnya dengan makhraj yang betul. Anda akan diberikan latihan audio untuk membantu anda berlatih menyebut setiap huruf dengan tepat. Sebelum memulakan pembelajaran tajwid menggunakan simbol, penting untuk anda mengenali dan menyebut huruf Hijaiyah dengan sempurna. Kesempurnaan ini memerlukan kesabaran dan latihan yang konsisten. Terdapat empat bunyi asas huruf Hijaiyah, iaitu 'a', 'i', 'u', dan 'o', yang akan kita pelajari dalam topik ini.

Topik kedua memperkenalkan 8 simbol dengung yang penting untuk diingati supaya anda dapat membaca Al-Quran dengan betul. Dalam topik ini, latihan audio disediakan untuk membantu anda berlatih membunyikan ayat-ayat dengan tepat. Untuk mencapai bacaan yang sempurna, bersabarlah dan teruskan berlatih membunyikan huruf-huruf dengung. Pastikan anda juga mengingat 8 simbol dengung yang diajarkan dalam topik ini.


Topik ketiga memperkenalkan 5 simbol yang menunjukkan pembacaan TANPA DENGUNG untuk ayat-ayat yang mengandungi simbol-simbol tersebut. Dalam topik ini, disediakan juga kuiz dan latihan pengukuhan untuk membantu pemahaman anda. Anda boleh berlatih membacakan ayat-ayat dengan panduan audio yang disediakan. Untuk mencapai pembacaan yang sempurna, anda perlu bersabar dan terus berlatih agar dapat membunyikan ayat dengan betul. Dengan mengingati 8 simbol dengung, anda pasti dapat mengenali simbol-simbol tanpa dengung dengan lebih mudah.

Topik keempat memperkenalkan 4 simbol yang menunjukkan cara membaca ayat sama ada dengan dengung atau tanpa dengung. Topik ini juga dilengkapi dengan kuiz dan latihan untuk memperkukuh pemahaman anda. Latihan audio disediakan, di mana anda boleh berlatih membacakan ayat menggunakan panduan audio tersebut. Untuk mencapai bacaan yang sempurna, kesabaran dan latihan yang konsisten amat penting. Teruskan berlatih untuk memastikan anda dapat membunyikan ayat dengan betul.

Topik kelima ini akan memperkenalkan Hamzah Wasal, di mana anda akan belajar 4 cara mudah menggunakan simbol dalam pembacaan ayat Al-Quran yang mengandungi Hamzah Wasal. Hamzah Wasal adalah salah satu topik penting dalam tajwid Al-Quran, dan pemahaman yang mendalam tentangnya sangat diperlukan. Dalam topik ini, anda akan mengenali simbol Hamzah Wasal dan teknik bacaan ayat dengan lebih terperinci. Kami juga menyediakan latihan audio untuk membantu anda berlatih membacakan ayat-ayat tersebut. Kami menggalakkan anda untuk menggunakan panduan audio yang diberikan agar bacaan anda lebih baik. Ingat, kesabaran dan latihan yang berterusan akan membantu anda meningkatkan sebutan dengan lebih tepat!

Topik terakhir yang akan kita pelajari adalah mengenai Huruf Mad, yang mempunyai bacaan dengan harkat tertentu. Huruf Mad dibahagikan kepada empat kumpulan, iaitu:

Mad 2 harkat
Mad 2, 4 & 6 harkat
Mad 4 & 5 harkat
Mad 6 harkat
Dalam topik ini, anda disediakan dengan kuiz dan latihan pengukuhan untuk membantu anda mengaplikasikan pengetahuan dalam bacaan Al-Quran. Latihan audio juga disediakan, bagi menggalakkan anda untuk berlatih membacakan ayat-ayat Al-Quran menggunakan panduan audio yang kami berikan. Ingat, untuk memastikan bacaan anda sempurna, bersabarlah dan teruskan berlatih supaya sebutan anda menjadi lebih tepat.

Our Instructor

DR. SUZANA BINTI AHMAD

Course Instructor
UiTM Shah Alam
4.3 (average sufo) instructor rating 10 course(s)

JULIANA HAMKA BINTI KAMARODDIN

Course Instructor
UiTM Kampus Seremban 3
4.3 (average sufo) instructor rating 12 course(s)

PROFESOR MADYA DR NORWATI BT HJ. ROSLIM

Course Instructor
UiTM Kampus Rembau
4.3 (average sufo) instructor rating 15 course(s)

TS. ERNY ARNIZA BT AHMAD

Course Instructor
UiTM Shah Alam
4.3 (average sufo) instructor rating 33 course(s)

SUZANA BT BAHARUDIN

Course Instructor
UiTM Kampus Seremban 3
4.3 (average sufo) instructor rating 8 course(s)