MICRO-CREDENTIAL IN FUNCTIONAL ARABIC COMMUNICATION FOR UMRAH AND HAJJ PILGRIMS

About this Module

What you will learn

The 'Functional Arabic Communication for Umrah and Hajj Pilgrims' module is specifically designed to empower pilgrims with essential linguistic tools for their spiritual journey. This micro credential module bridges the communication gap by focusing on practical, real-world Arabic phrases used in the Holy Cities of Makkah and Madinah. Through a series of situational videos recorded on-site, learners will be immersed in common pilgrimage scenarios, including managing hotel stays, navigating the mosques, and interacting in local marketplaces. By the end of this micro credential module, participants will be able to identify key vocabulary and confidently apply functional Arabic responses to ensure a smoother and more meaningful pilgrimage experience. The micro credential module concludes with a comprehensive situational assessment to validate the learner's ability to communicate effectively in the Holy Lands.

What skills you will gain

Arabic Language For Umrah and Hajj (Beginner)

Total contents and assessments

6 videos, 4 learning activities and 2 assessments

Module Details

CLUSTER : Social Science & Humanities ( SS )
MODE/DURATION : Flexible
LENGTH : 10 days
EFFORT : 4
LEVEL : Beginner
LANGUAGE : Malay
CERTIFICATE : Yes
CPD POINT : 0
PRICE : Free

Associated Course (s) :
No Course

 Syllabus

Ahlan wa sahlan! Topik 1 ialah titik permulaan perjalanan pembelajaran Bahasa Arab fungsional anda.

Dalam topik ini, anda akan didedahkan kepada orientasi modul dan asas-asas Bahasa Arab yang akan menjadi tunjang kepada 4 senario utama (hotel, masjid, kedai, Masjid Nabawi) yang akan dipelajari kemudian. Anda akan:

✓ Mengenali pengajar, struktur modul, dan hasil pembelajaran (CLO).
✓ Mempelajari sebutan tepat 6 huruf Arab penting (ع، ح، ق، ض، ط، ر) yang sering membezakan makna.
✓ Menguasai 6 frasa salam dan adab harian yang akan terus digunakan di Tanah Suci.
✓ Memahami etika pembelajaran dan navigasi portal U-Future.

Aktiviti pembelajaran: Tonton video pengenalan (9 minit), muat turun Module Handbook (PDF), latih sebutan dengan audio drilling MP3, dan sertai Forum Perkenalan Diri sebagai ice-breaking dengan rakan pelajar.

Anggaran masa: ±2 jam. Selamat memulakan! ?

At the end of the topic, you will be able to:

1. Menyatakan tujuan, struktur, dan hasil pembelajaran modul.

2. Menyebut dengan tepat 6 huruf Arab kerongkong & 6 frasa salam asas

3. Mematuhi etika pembelajaran dan menggunakan navigasi U-Future.

Marhaban! Selepas penerbangan panjang dari Malaysia, hotel adalah tempat pertama anda berehat di Tanah Suci. Topik ini melengkapkan anda dengan kemahiran komunikasi asas dengan petugas hotel.

Dalam topik ini, anda akan:

Menguasai 8 kosa kata utama konteks hotel (hajz, ghurfah, bitaqah, jawaz al-safar, dll.)
Mempelajari frasa untuk urusan check-in di kaunter Istiqbal
Berlatih mengadu masalah teknikal (Wi-Fi, penghawa dingin) dengan sopan
Membaca papan tanda hotel dalam tulisan Arab (Math'am, Mas'ad, pintu kecemasan)
Aktiviti pembelajaran: Tonton video lapangan (15 minit), latih shadowing dialog Ahmad & Ali, muat turun vocabulary list dan dialog transcript dan akhir sekali, lengkapkan Activity Drag-and-Drop — susun semula baris dialog Topik 2 yang telah dikocok kepada urutan betul Sokongan tambahan: sertai Discussion Forum untuk berkongsi pengalaman dengan rakan pelajar.

Pentaksiran: Kuiz Formatif Topik 2 (10 MCQ situasional).

Anggaran masa: ±8 jam. ?

At the end of the topic, you will be able to:

1. Mengenal pasti 8 kosa kata utama dalam konteks hotel (hajz, ghurfah, bitaqah, jawaz al-safar, dll.).

2. Menggunakan frasa Arab yang sesuai untuk check-in dan menyatakan aduan kepada petugas resepsi

3. Membaca nombor Arab pada papan tanda dan kad bilik dengan tepat.

Allahu Akbar! Masjid al-Haram adalah destinasi utama setiap jemaah. Dengan jutaan jemaah dari seluruh dunia, kemahiran bertanya arah dalam Bahasa Arab sangat penting untuk anda tidak tersesat.

Dalam topik ini, anda akan:

Menguasai 8 kosa kata arah dan landmark Masjid al-Haram
Berlatih bertanya arah kepada anggota Shurti (polis) dengan sopan
Mengenal pasti gerbang utama (Bab al-Malik Abdul Aziz, Bab al-Salam)
Mencari tandas (hammamat) dan tempat wudhu' dengan yakin
Menggunakan kosa kata arah: Yamin, Yasar, Amam
Aktiviti pembelajaran: Tonton video lapangan B-roll Haramain (15 minit), latih shadowing dengan watak Shurti dan lengkapkan Activity Drag-and-Drop — susun semula baris dialog Topik 3 yang telah dikocok kepada urutan betul. Sokongan tambahan: sertai Discussion Forum untuk berkongsi tip arah dengan rakan pelajar.

Pentaksiran: Kuiz Formatif Topik 3 (10 MCQ situasional).

Anggaran masa: ±8 jam. ?

At the end of the topic, you will be able to:

1. Mengenal pasti 8 kosa kata arah dan landmark Masjid al-Haram.

2. Menggunakan frasa Arab untuk bertanya arah dan menyatakan keadaan tersesat.

3. Membaca papan tanda gerbang masjid dengan tepat.

Madinah al-Munawwarah — kota penuh keberkatan tempat semayam Rasulullah ﷺ. Selepas menyelesaikan ibadah di Makkah, jemaah biasanya berpindah ke Madinah. Untuk memasuki Raudhah Syarifah, jemaah wajib mendapat tasrih melalui aplikasi Nusuk. Topik ini melengkapkan anda dengan Bahasa Arab fungsional di Masjid Nabawi.

Dalam topik ini, anda akan:

Menguasai 9 kosa kata Masjid Nabawi dan sistem tasrih
Mempelajari cara bertanya laluan masuk Raudhah kepada petugas masjid
Mengenal pasti gerbang bernombor (Bab 25 — Bab Uthman bin Affan untuk wanita)
Memahami pemisahan masuk lelaki dan wanita
Bertanya waktu operasi masjid (Maftuh 24 sa'ah)
Aktiviti pembelajaran: Tonton video lapangan Masjid Nabawi (15 minit), latih shadowing sebagai petugas masjid dan lengkapkan Activity Drag-and-Drop — susun semula baris dialog Topik 4 yang telah dikocok kepada urutan betul . Sokongan tambahan: sertai Discussion Forum untuk berkongsi pengalaman tempahan tasrih dengan rakan pelajar.

Pentaksiran: Kuiz Formatif Topik 4 (10 MCQ situasional).

Anggaran masa: ±8 jam. ?

At the end of the topic, you will be able to:

1. Mengenal pasti 9 kosa kata Masjid Nabawi dan sistem tasrih.

2. Menggunakan frasa Arab untuk bertanya laluan masuk Raudhah dan waktu operasi.

3. Membaca papan tanda gerbang bernombor dan QR code aplikasi Nusuk.

Tafaddal! Sebelum pulang ke tanah air, ramai jemaah singgah membeli-belah di pasar sama ada di sekitar Haramain Makkah atau di pasar tamar Madinah. Topik ini mengajar anda bertanya harga, tawar-menawar, dan membayar dengan yakin menggunakan Bahasa Arab.

Dalam topik ini, anda akan:

Menguasai 7 kosa kata pasar dan unit ukuran (thaman, kilu, riyal, ghali)
Mempelajari frasa bertanya harga (Kam thaman?)
Berlatih tawar-menawar dengan penjual (Naqqis qalilan!)
Menggunakan frasa pembayaran kad (Ad-daf'u bi al-bitaqah)
Membaca nombor Arab pada label harga (٠ ١ ٢ ٣ ٤ ٥ ٦ ٧ ٨ ٩)
Aktiviti pembelajaran: Tonton video lapangan pasar tamar (15 minit), latih shadowing sebagai pembeli, dan lengkapkan Activity Drag-and-Drop — susun semula baris dialog Topik 5 yang telah dikocok kepada urutan betul. Sokongan tambahan: sertai Discussion Forum untuk berkongsi tip tawar-menawar dengan rakan pelajar.

Pentaksiran: Kuiz Formatif Topik 5 (10 MCQ situasional).

Anggaran masa: ±8 jam. ?

At the end of the topic, you will be able to:

1. Mengenal pasti 7 kosa kata pasar dan unit ukuran.

2. Menggunakan frasa Arab untuk tawar-menawar dengan yakin.

3. Membaca harga dalam tulisan dan nombor Arab dengan tepat.

Tahniah! Anda telah berjaya melalui empat senario utama iaitu di hotel, di Masjid al-Haram, di Masjid Nabawi, dan di kedai. Topik terakhir ini adalah saat untuk anda mengukuhkan pembelajaran dan bersedia untuk penilaian sumatif.

Dalam topik ini, anda akan:

Mengimbas semula frasa kunci dari 4 senario melalui recap montage
Mengenal pasti dan membetulkan 3 kesilapan sebutan biasa (ḥa, 'ain, qaf)
Mempelajari adab budaya Arab Saudi yang melengkapi kemahiran bahasa
Bersedia untuk Summative Assessment (30 MCQ, 60 minit, 2 cubaan)
Aktiviti pembelajaran: Tonton video rumusan (9 minit), muat turun Master Vocabulary List dan Panduan Adab Budaya, kemudian sertai Forum Refleksi Pembelajaran untuk berkongsi pengalaman dengan rakan.

Pentaksiran: Summative Assessment + Exit Survey (wajib). Anggaran masa: ±2 jam.

Taqabbalallahu minna wa minkum (semoga Allah menerima ibadah kita semua). ?

At the end of the topic, you will be able to:

1. Membuat refleksi pencapaian pembelajaran sepanjang modul.

2. Mengenal pasti dan membetulkan 3 kesilapan sebutan biasa (ḥa, 'ain, qaf).


Our Instructor

Course Instructor
4.3 (average sufo) instructor rating 1 course(s)

NUR SHUHADAK BINTI ISMAIL

Course Instructor
UiTM Kampus Samarahan
4.3 (average sufo) instructor rating 14 course(s)

Course Instructor
4.3 (average sufo) instructor rating 2 course(s)