• We are available for any custom works this month
  • Main office: Springville center X264, Park Ave S.01
  • Call us (123) 456-7890 - (123) 555-7891
  
  
  

Course Info

About this Course

Kursus ini mempersiapkan pelajar untuk menghayati etika dan peradaban yang wujud dalam masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia untuk memperteguhkan pemikiran kritikal dan analitikal mereka bagi menangani kehidupan yang lebih mencabar. Pengisian kursus ini memfokuskan kepada penghayatan etika dan peradaban dalam acuan Malaysia. Pelajar akan didedahkan dengan dinamika konsep etika dan peradaban yang menjadi kekuatan kepada pembentukan negara Malaysia berdasarkan susur masa evolusi sejarahnya dari era pra-kolonial sehingga ke pasca-kolonial. Kefahaman tentang pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian dibincangkan bagi meningkatkan penghayatan etika dan peradaban ke arah pemantapan dalam aktiviti akademik berpandukan Perlembagaan Persekutuan sebagai tapak integrasi dan wahana etika dan peradaban. Pembinaan kesepaduan nasional amat dipengaruhi oleh globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang kompleks. Oleh kerana itu, penghayatan etika dan peradaban menzahirkan perilaku tanggungjawab sosial dan digerakkan pada peringkat individu, keluarga, komuniti, masyarakat, dan negara. Justeru, perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan pembangunan langsung ekonomi telah membawa cabaran baru dalam mengukuhkan kelestarian etika dan peradaban di Malaysia. Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEPs) dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mendalami kursus ini. (pengajaran & pembelajaran). nasional dan bangsa Malaysia. Peradaban acuan Malaysia perlu dikupas serta diperdebatkan

Course Syllabus

Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Dalam Acuan Malaysia.
1.1 Pengenalan Etika dan Peradaban
1.2 Susur masa Etika dan Peradaban berdasarkan Prakolonial, Kolonial dan PascaKolonial
1.3 Kerangka Menganalisis Etika dan Peradaban acuan Malaysia melalui sejarah, struktur sosial dan biografi (riwayat)
1.4 Penghayatan Etika dan Peradaban mengikut peringkat – Individu, Keluarga, Komuniti, dan masyarakat (lokal dan
global)
1.5 Penghayatan Etika dan Peradaban mengikut konteks Masyarakat, Negara dan Pasaran

Konsep Etika dan Peradaban
2.1 Menelusuri pergerakan idea dan amalan etika dan peradaban dunia
2.2 Konsep etika
2.2.1 Sejarah pemikiran Eropah, daripada zaman sebelum, semasa dan selepas Enlightenment
2.2.2 Perspektif agama dan kepercayaan
2.2.3 Kolonialisme dan Pasca Kolonialisme
2.3 Konsep peradaban
2.3.1 Kolonialisme dan Pasca Kolonialisme
2.3.2 Timur dan Barat
2.3.3 Perspektif agama dan kepercayaan

Etika dan Peradaban dalam Masyarakat Kepelbagaian
3.1 Pembentukan Etika dan Peradaban dalam Masyarakat kepelbagaian
3.2 Komponen Etika dan Peradaban:
3.2.1 Persekitaran Geo-fisikal
3.2.2 Masyarakat dan demografi
3.2.3 Ekonomi dan Pasaran
3.2.4 Falsafah dan Pemikiran
3.2.5 Selat Melaka Gelanggang Kepelbagaian
3.2.5 Warisan dan Pendigitalan Sejagat

Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia
4.1 Perpaduan: Matlamat Diidamkan
4.1.1 Detik Perpaduan - Detik Perbezaan
4.2 Kesepaduan: Tahap Dicapai
4.2.1 Kesepaduan Nasional
4.2.2 Kesepaduan Sosial -Defisit Sosial
4.2.3 Etos Nasional
4.3 Penyatupaduan: Proses Diusaha
4.3.1 Etnik - Tahap Keetnikan, Batas Etnik, Hubungan Sosial Rentas Etnik
4.3.2 Alat Penyatupaduan – Tawar-menawar, Perundingan dan Pengantaraan


Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia
5.1. Sejarah sosial pengaruh peradaban dunia dalam pembinaan negara bangsa
5.2. Konsep Negara dan Bangsa
5.3. Konsep dan Pembentukan Negara Bangsa dalam acuan Malaysia
5.4. Kepelbagaian Idea “Bangsa Idaman” dan perbahasan

Perlembagaan sebagai Tapak Integrasi dan Wahana Etika dan Peradaban di Malaysia
6.1. Sejarah, Definisi dan Konsep Perlembagaan
6.2. Perlembagaan sebagai Tiang Seri dan Tapak Integrasi
6.3. Konsep, Keperluan dan penghayatan Tapak Integrasi
6.3.1 Tiga Tahap Tapak Integrasi:
a. Makro (Atas Ke Bawah): Peranan Kerajaan - Perlembagaan Persekutuan, Rancangan Malaysia, Rukun Tetangga
b. Meso (Bawah Ke Atas): Peranan NGO – agih/pantau pembangunan
c. Mikro (Inisiatif Akar Umbi): Peranan Rakyat - Street Wedding
6.4. Perlembagaan Persekutuan: Cabaran Tafsiran Semasa


Teknologi Maklumat dan Komunikasi Penggerak Kesepaduan Nasional di Malaysia
7.1. Evolusi dan Pengglobalan Teknologi
7.2. Konsep Hubungan Manusia dan Teknologi
7.3. Etika dan peradaban dalam penggunaan ICT
7.4. ICT Tapak Pengukuhan Kesepaduan Nasional
7.5. Isu semasa ICT

Peranan Etika dan Peradaban Mendokong Tanggungjawab Sosial di Malaysia
8.1. Takrifan Harian dan Autoriti
8.2. Peranan Etika dan Peradaban dalam mendokong Tanggungjawab Sosial
8.3. Kesedaran Nasional dalam Tanggungjawab Sosial
8.4. Tanggungjawab Sosial Dalam dan Luar Negara
8.5. Kesukarelaan

Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban di Malaysia
9.1. Kerangka Menganalisis Masyarakat Kepelbagaian dan Negara Bangsa
a. Defisit sosial
b. Tadbir Urus dan Pembangunan
c. Black Economy dan rasuah
9.2. Mengurus Matlamat Pembangunan Lestari dan Wawasan Kemakmuran Bersama
9.3. Kelangsungan Kelestarian Negara Melalui Etika dan Peradaban
9.4. Mengharmonikan pengalaman negara dan antarabangsa

Frequently Asked Questions

Q1 : Apakah Hasil Pembelajaran Kursus ini?
A1 : Setelah mengikuti kursus ini, pelajar dapat: 1. Menjelaskan konsep etika dan peradaban dalam konteks penghayatannya mengikut acuan Malaysia. 2. Membincangkan isu kontemporari berkaitan ekonomi, politik, sosial, budaya dan alam sekitar daripada perspektif etika dan peradaban. 3. Menganalisis sistem, tahap perkembangan, kemajuan sosial dan kebudayaan merentas etnik.