About this Course
Course Description
Kursus merangkumi hubungan ilmu falsafah dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara. Penggunaan falsafah sebagai alat untuk memurnikan budaya pemikiran dalam kehidupan melalui seni dan kaedah berfikir serta konsep insan. Topik utama dalam falsafah iaitu epistimologi, metafizik dan etika dibincangkan dalam konteks isu semasa. Penekanan diberikan kepada falsafah sebagai asas bagi menjalin dialog antara budaya serta memupuk nilai sepunya. Di hujung kursus ini pelajar akan mampu melihat disiplin-disiplin ilmu sebagai satu badan ilmu yang komprehensif dan terkait antara satu sama lain.
Course Learning Outcomes
1 ) Menghuraikan isu semasa melalui perspektif perbandingan falsafah sebagai asas bagi menjalin dialog antara budaya.
2 ) Menerangkan isu semasa berdasarkan aliran pemikiran utama dalam pelbagai aliran falsafah.
3 ) Mengaplikasikan ilmu falsafah, Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara terhadap isu semasa.
Course Details
STATUS : Open DURATION : FLEXIBLE EFFORT : 2 hours per week MODE : 100% Online COURSE LEVEL : Beginner LANGUAGE : Malay CLUSTER : Social Science & Humanities ( SS )