About this Course
Course Description
Kursus ini bertajuk Pengenalan kepada Wakaf Kontemporari di Malaysia. Objektif utama kursus ini memberi pengenalan dan pendedahan berkaitan dengan wakaf kontemporari yang telah berkembang di Malaysia. Kursus ini terbuka kepada semua peringkat umur sama ada peringkat diploma, sarjana, pasca siswazah serta warga Masyarakat umum. Sebanyak lima topik yang akan dibincangkan iaitu 1) Pengenalan kepada wakaf, 2) Institusi pengurusan wakaf di Malaysia, 3) Wakaf kontemporari, 4) Kepentingan wakaf kontemporari, dan 5) Cabaran dalam melaksanakan wakaf kontemporari. Teknik penyampaian adalah menggunakan secara atas talian sepenuhnya bagi memudahkan penyampaian maklumat dengan lebih berkesan. Kelebihan yang akan diperolehi dari kursus ini adalah pendedahan kepada wakaf kontemporari, jenis-jenis, kepentingan dan cabaran yang dihadapi institusi wakaf bagi memperkasakan wakaf. Kursus ini dibangunkan oleh pakar-pakar dalam bidang wakaf, Syariah dan juga Teknologi maklumat
Course Learning Outcomes
1 ) Dapat memahami kepentingan dan cabaran yang dihadapi berkaitan dengan wakaf kontemporari di Malaysia
2 ) Memahami dengan lebih jelas mengenai wakaf kontemporari di Malaysia.
3 ) Mengenalpasti pengenalan, rukun, jenis-jenis wakaf dan pengurusan wakaf di Malaysia.
Course Details
STATUS : Open DURATION : FLEXIBLE EFFORT : 4 jam seminggu MODE : 100% Online COURSE LEVEL : Beginner LANGUAGE : Malay CLUSTER : Social Science & Humanities ( SS )