 |
Modul ini memberi informasi kepada pelajar berkenaan perkhidmatan bantuan serta kemudahan yang disediakan oleh pihak UiTM untuk membantu pelajar sepanjang mengikuti pengajian di UiTM. Para pelajar boleh mendapatkan bantuan mahupun perkhidmatan yang berkaitan sekiranya memerlukan. |
 |
Modul ini akan mendedahkan pelajar tentang konsep Akhlak dan keperibadian secara menyeluruh termasuk semasa menuntut ilmu, berkomunikasi dengan keluarga UiTM serta akhlak di media sosial. Melalui modul ini juga pelajar akan didedahkan kepentingan nilai ESI-iDART dalam kehidupan pelajar UiTM. |
 |
Modul ini bertujuan untuk membantu pelajar melonjakkan kecemerlangan diri mereka dengan mengenalpasti potensi diri mereka dengan mengenalpasti potensi diri mereka melalui beberapa kaedah yang diaplikasi daripada kaedah MinDS. Mind Empowerment for Success (MinDS) adalah teknologi berasaskan pengunaan otak kreatif yang boleh digunakan untuk meningkatkan potensi diri dan perencanaan strategi organisasi, penjimatan kos dan perkembangan aktiviti- aktiviti baharu. Penjanaan minda akan menghasilkan tabiat positif makan ianya akan menghasilkan tingkah laku yang positif, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif. Tabiat positif yang dihayati dan diamalkan akan menjadi satu disiplin mental iaitu tabiat minda. Tabiat minda yang terjana akan dapat membuat pilihan dan keputusan yang terbaik. Justeru, pendekatan MinDS adalah diharapkan dapat melahirkan graduan minda kelas pertama dalam pelbagai sudut kehidupan, pembelajaran, kepimpinan dan jalinan komuniti. |
 |
Modul ini memberi informasi kepada pelajar berkenaan salah laku yang terkumpul di bawah konteks integriti meliputi salah laku gangguan seksual, rasuah (ABCD - Ambil Rasuah, Beri Rasuah, Tuntutan Palsu dan Salahguna Kuasa) , nilai dan etika warga, serta platform rasmi yang boleh digunakan untuk pelajar membuat aduan. |
 |
Modul ini memberikan informasi kepada mahasiswa UiTM mengenai pembangunan profil kerjaya melalui Profil Kerjaya 'MyNext', perkhidmatan yang terdapat di Pusat Psikologi dan Kaunseling (PPK), pendedahan mengenai Saringan Kesihatan Mental Pelajar (SKeM-P), cara menetapkan janji temu untuk mendapatkan perkhidmatan di PPK melalui Sistem Counselling2U, serta peluang mendapatkan pekerjaan dan membina resume melalui Sistem Jobshop UiTM. |
 |
Kursus ini menjelaskan berkaitan penawaran kursus kokurikulum di UiTM, maksud kursus kokurikulum dan kaedah perlaksanaan kursus kokurikulum di UiTM. Setelah melalui program ini, para mahasiswa dapat melaksanakan kursus kokurikulum seperti yang telah ditetapkan. Disamping itu juga, mahasiswa akan lebih memahami keperluan dan kepentingan mengikuti kursus kokurikulum demi meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri mereka. |
 |
Modul ini akan mendedahkan pelajar kepada perkara berkaitan dengan Akta 174 dan sahsiah rupa diri secara menyeluruh agar dapat dijadikan panduan sepanjang menjadi pelajar di UiTM |
 |
Modul ini bertujuan untuk memperkasakan kesihatan dan minda pelajar dengan memberi maklumat dan informasi terkini mengenai asas keperluan dan cara-cara untuk memastikan kehidupan yang sihat dan sejahtera.
Pembelajaran dalam talian ini merangkumi konsep kesihatan dan kesejahteraan yang komprehensif serta menyediakan panduan, petua dan langkah untuk pengurusan holistik masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar. Bahagian asas pendekatan komprehensif termasuk kesihatan dan kesejahteraan biologi (atau fizikal), psikologi, sosial dan spiritual (atau kerohanian).
Contoh senario masalah mental yang biasa dihadapi oleh pelajar, panduan skil psikologi, dan langkah-langkah untuk mendapatkan bantuan dan rawatan awal yang patut diambil oleh pelajar akan dibincangkan di dalam modul ini. Pelajar juga boleh mendapatkan pautan kepada pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang tersedia di universiti dengan melayari modul ini. |
 |
Pengenalan perkhidmatan ICT dan Fasiliti UiTM yang disediakan kepada pelajar UiTM sepanjang pengajian di UiTM. |
 |
Pengenalan hal ehwal akademik, peraturan akademik, kitaran akademik dan sistem aplikasi digunapakai untuk melaksanakan proses-proses dalam kitaran akademik pelajar UiTM |
 |
Pusat Keusahawanan Mahasiswa, MASMED menyediakan kemudahan berikut kepada semua pelajar UiTM.
i. Latihan Keusahawanan
MASMED memberi khidmat nasihat serta latihan keusahawanan bagi membangunkan ilmu pengetahuan dan kemahiran keusahawanan pelajar.
ii.Kewangan
MASMED menyediakan pembiayaan kepada pelajar, serta khidmat nasihat pendanaan dan pembiayaan luar bagi membantu usahawan siswa merancang dan mengembangkan perniagaan.
iii. Sokongan
Kami menyediakan bimbingan kepada pelajar dengan aktiviti keusahawanan yang berbentuk program keusahawanan, modul keusahawanan, pertandingan dan lain-lain.
iv. Penyelidikan
MASMED secara berterusan melakukan penyelidikan untuk mengembangkan pengetahuan keusahawanan dengan cara inovatif untuk sentiasa seiring dengan pembangunan dunia.
v. Rakan Kolaborasi
MASMED bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam ekosistem keusahawanan untuk memastikan program kami kekal relevan dan bermanfaat.
Sejarah MASMED:
1975 - Malaysian Entrepreneurship Development Centre (MEDEC)
2005 - The Tunas Mekar Project and The Entrepreneurship Research and Support Centre (ERSC)
2010 – Akademi Pembangunan PKS & Keusahawanan Malaysia (MASMED) |
 |
PENILAIAN MDS |