Usaha TAkwa MuliA (UTAMA) ini khusus dibina bagi membolehkan mahasiswa dan mahasiswi UiTM memahami falsafah pendidikan negara serta menjiwai DNA UiTM dengan lebih mendalam.
Cadangan Latihan dalam Kumpulan (LDK) yang disediakan di dalam modul ini disusun sebegitu rupa berasaskan lima komponen DNA UiTM iaitu
PEMIKIRAN, EMOSI, SEMANGAT, ASPIRASI dan TINGKAH LAKU. Lima komponen ini terhasil dari Penyelidikan DNA UiTM yang dihasilkan oleh
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) pada tahun 2020 dari sokongan dana daripada Dana Kecemerlangan UiTM.
Ia juga merupakan cetusan ilham daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP) UiTM di mana beliau berhasrat untuk melaksanakan modul ini
kepada semua mahasiswa. Bagi merealisasikan hasrat ini, TNC HEP telah melantik pihak Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK),
Institut Kepimpinan Pelajar (IKP) dan Pusat Kokurikulum bagi menggerakkan pembinaan modul.
![]() |
MODUL UTAMA ASPIRASI 4 : ASAS KESELAMATAN NEGARAModul ini bertujuan memberi pendedahan dan memperkukuhkan pemahaman para pelajar Diploma dan Sarjana Muda UiTM berhubung Dasar Keselamatan Negara 2021- 2025, tugas dan peranan badan bertindak dalam menjamin keselamatan negara, isu keselamatan kendiri dan peranan mahasiswa untuk menjamin keselamatan negara serta kendiri, memperkukuhkan pemahaman para pelajar berhubung Dasar Keselamatan Negara 2021- 2025, Nilai Teras Keselamatan Negara dan keselamatan secara menyeluruh, isu keselamatan kendiri, ancaman radikalisasi dan keselamatan media sosial. |
![]() |
MODUL UTAMA ASPIRASI 1 : ASAS DNA UiTMModul ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai jiwa dan kecintaan yang tinggi terhadap UiTM dengan menerapkan nilai- nilai positif yang ada pada DNA UiTM ke dalam diri mahasiswa UiTM iaitu elemen PESAT (PEmikiran, Emosi, Semangat, Aspirasi dan Tingkahlaku) dan memberi pemahaman yang jelas bagi setiap komponen DNA UiTM kepada mahasiswa UiTM |
![]() |
MODUL UTAMA ASPIRASI 3 : CELIK FIKIRModul ini bertujuan memberi pendedahan dan memperkukuhkan pemahaman pelajar, berhubung dengan keperluan berfikir dalam konsep Raja Berpelembagaan. Berfikir secara kritis dan berbijaksana adalah keterampilan yang sangat penting ketika meneliti maklumat. Dalam era informasi moden, kita memiliki akses luas ke berbagai sumber informasi, tetapi tidak semua informasi tersebut dapat dipercayai atau relevan. Modul ini akan mengetengahkan keperluan konsep dalam konteks Raja Berperlembagaan dan bagaimana mentafsir sesuatu maklumat yang disampaikan yang menjadi ancaman kepada mahasiswa secara tidak sedar. |
![]() |
MODUL UTAMA ASPIRASI 6 : KECEMERLANGAN DAN KEMANDIRIAN MAHASISWAModul ini dirangka dengan tujuan utama memberikan panduan, pendedahan, dan pengukuhan pemahaman kepada mahasiswa dalam usaha mencapai kecemerlangan dan pengembangan diri secara menyeluruh dan holistik, termasuk aspek berkaitan kemahiran keusahawanan. Selain menitikberatkan pencapaian kemampuan akademik yang kritikal, modul ini turut menekankan pembangunan kesejahteraan holistik mahasiswa serta pemupukan minda keusahawanan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dunia semasa dan masa depan. Melalui modul ini, mahasiswa didorong untuk mengenali dan menghargai potensi diri bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga dalam pembangunan keterampilan, sahsiah, nilai, dan kemahiran sosial, serta ilmu asas keusahawanan. Pendekatan holistik ini diharapkan dapat membentuk mahasiswa yang seimbang, berdaya saing, berminda keusahawanan serta bersedia untuk menyumbang secara bermakna kepada masyarakat dan negara. |
![]() |
MODUL UTAMA ASPIRASI 5 : JIWA UITMModul ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar bahawa fitrah kejadian manusia cenderung bagi memaparkan bagaimana kebobrokan perlu ditentang. Nafsu yang disandarkan untuk kepentingan keduniaan semata-mata ternyata perlu diimbangi dengan ilmu yang hidup subur. Jiwa UiTM memerlukan bagaimana seseorang itu berkembang tanpa sifat tamak dan haloba yang menghalalkan rasuah dan salah guna kuasa dalam tindakan mereka. Pada masa yang sama, modul ini turut menekankan kepentingan amalan akhlak dan adab yang baik, khususnya dalam keadaan dunia kini yang semakin mencabar dan kompleks. Semua ini perlu dipadankan bagi mengekalkan benih yang baik sahaja yang dihasilkan di UiTM sesuai dengan falsafah Usaha, Taqwa, Mulia. |
![]() |
MODUL UTAMA ASPIRASI 2 : CERGAS, SIHAT DAN SEJAHTERAModul ini bertujuan untuk memperkasakan kesihatan dan minda pelajar dengan memberi maklumat dan informasi terkini mengenai asas keperluan dan cara-cara untuk memastikan kehidupan yang sihat dan sejahtera. Pembelajaran dalam talian ini merangkumi konsep kesihatan dan kesejahteraan yang komprehensif serta menyediakan panduan, petua dan langkah untuk pengurusan holistik masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar. Bahagian asas pendekatan komprehensif termasuk kesihatan dan kesejahteraan biologi (atau fizikal), psikologi, sosial dan spiritual (atau kerohanian). Contoh senario masalah mental yang biasa dihadapi oleh pelajar, panduan skil psikologi, dan langkah-langkah untuk mendapatkan bantuan dan rawatan awal yang patut diambil oleh pelajar akan dibincangkan di dalam modul ini. Pelajar juga boleh mendapatkan pautan kepada pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang tersedia di universiti dengan melayari modul ini. |






